Monday, November 9, 2009

Me and Monday

Monday. Biasa la... Monday blues (lagi??) Penatnya rasa badan ni baru balik dari Langkawi. Bukan sekadar bercuti2 tapi sambil bekerja. Cuma saya seorang jer yang bawa family. Kengkawan lain pakat jadi orang bujang belaka... hehe.. tapi takde la lupa diri. Masing2 beli buah tangan bawa balik sampai penuh sebiji bas.

Tapi saya dan Mr.Hubby letih layan anak2 la walaupun best sebenarnya. Cam malas jer nak datang kerja hari ni. Barang2 yang bawa balik belum habis kemas. baju yang dibasuh masih belum bersidai... oooohhh help!! I'm helpless, restless and super duper busy week by week....

Bila nak start crafting and sewing balik ni??? *huhu*

Pic at Langkawi nanti saya upload. Banyaknyer dari camera opis jer sebab selalu jer terlupa nak snap gambar dgn hp bila asyik duk kepung anak2 kiri kanan.

Sunday, November 8, 2009

Stash Swap

Yippi.. bestnyer dapat juga masuk group kedua Stash Swap organize by Hani. Sori guys lambat bagi address. Baru balik dari outstation Langkawi.


Stash yang perlu disediakan adalah:-
1. 10 biji butang
2. 3 pieces fabric bersaiz fat quarters (18"x22")
3. 3 pieces ribbon (1 meter each)
4. 2 pieces felt (A4 sze)
5. special (suprise) stash

Saya kena bagi stash saya dekat Pianina. Never know her before. Harap dapat bertambah my blogger buddy.. lebih2 lagi ada minat yg sama dalam jahitan ni... :D Harap sabar menanti yer cik Pianina.

Dan saya akan dapat dari anjung kraf. Bestnyer bestnyer!!!

UPDATE:

Address dah dapat. Hari untuk penghantaran adalah 12/11 (Khamis). Terujanya diriku...


Wednesday, November 4, 2009

Athif 5 bulan


Hari ini Athif genap 5 bulan. Lihatlah wajah hensem anak teruna mama ni.. cee wah..

Mama gembira sangat sebab berjaya BF Athif hingga ke saat ini walaupun lately terpaksa juga campur dgn FM sebab production susu makin hari makin sedikit. Mungkin sebab mama dah tak amal minum susu macam dulu-dulu sebaliknya asyik duk minum minumman kesihatan yang lain. Maklumlah, mama nak kena tambah stamina dan jaga kesihatan demi suami dan anak-anak2 mama yang tersayang.

Mama akan teruskan BF Athif sampailah hari terakhir mama bersama Athif sebelum mula berkursus tahun depan. Mama takkan ralat dan menyesal dah macam masa Ahda dulu. Mama doakan baby boy mama ni memebesar dengan sihat, kuat, cerdik dan soleh.

Seperti yang Aufa selalu doakan setiap malam: "Ya Allah, jadikan tiga-tiga orang anak yang solehah...! Ameen..!"


Tuesday, November 3, 2009

MsCraft Giveaway...

Waa cik kema buat giveaway la.. mesti join ni.
This giveaway will be ended on 12pm 111109.. Nama pemenang akan diumumkan pada 121109.. Good Luck to me!


Monday, November 2, 2009

Duit oh duit...

Gambar hiasan semata-mata. ihsan pakcik Goo.Gle.


Semenjak dua menjak ni saya banyak terlibat dengan program keusahawanan. Bila dengar banyak input tentang keusahawanan ni, dan lebih-lebih lagi tentang DUIT yang sangat masyuk, oh, saya jadi tergoda.

Kebetulan semalam saya terbaca blog seorang wanita ni yang asalnya hanyalah suri rumah berijazah, tetapi kemudian menceburkan diri dengan direct selling. Niat asalnya nak tambah duit poket untuk shopping dia yang sebulan makan kos RM3,000. Hish shopping apa la sebulan RM3k tu? Bila dah tengok apa benda yang dia shopping memang patut ler pun, handbeg, kasut, makeup, baju anak, mainan anak semuanya branded habis!! Kalau saya? Branded letak tepi, asal berkenan di hati dan praktikal untuk guna.

Hmm berbalik pada cerita wanita tadi, memula income bulanan RM3k lepas tu naik jadi RM5k lepas tu naik lagi dan lagi. Dalam 10 bulan dia dapat RM90k. Boleh beli rumah baru, kereta baru, banyak savings. Dapat pulak kereta BMW company bagi FREE! Wah, terliur juga saya tengok. Ye la, manusia atas muka bumi ni, DUIT memang jadi motivasi nombor wahid. Ader ke yang tak nak DUIT??

Sejak minggu lepas saya mula berangan-angan nak jadi kaya, DUIT banyak.. camane nak buka business dan bla bla bla. Nasib baik ada peraturan yg saya ni tergolong dalam golongan tak dibenarkan buat side income, kalau tak, mahunya saya korek semua simpanan keluar untuk start business part time saya tu kononnya.

Akhirnya...... saya tanya diri saya balik.

Duit banyak tu nak buat apa?
Kenapa pilih kerja sekarang ni?

Saya dan juga Mr.Hubby bukan jenis yang hidup bermewah-mewah dengan barang2 branded bagai. Maklum la, kami ni orang kampung ja. Tak malu nak mengaku, masih amalkan cara hidup kekampungan walaupun dah tinggal di bandar besar. Hidup serba sederhana seadanya. Walaupun sesekali saya ada juga penyakit gila shopping, tapi sekadar secukup poket sahaja. Taklah sampai berhutang credit card bagai. Itu pun time ada sale atau mega sale.

Kenapa saya nak duit banyak?????

1. Saya nak pergi umrah. Lepas tu pergi haji. Mr.Hubby dah pergi haji time dia belajar dulu. So, dia tak kisah sangat. Saya ni yang dok teringin sangat. Nak tengok Kaabah dengan mata sendiri, nak ziarah maqam nabi, nak berlari di Safa dan Marwah, nak panjat Jabal Rahmah.. etc. Skrg pulak banyak cerita dan panduan haji di tv, makin menguatkan keinginan saya tu.

Tabib yang ajar saya refleksologi tu cerita, setahun 2 kali dia bawa family pergi umrah dengan business yang dia buat. Bukan pergi jalan2 makan angin macam sesetengah orang, memang pergi buat ibadah betul2 sebab dia bukan duduk hotel mewah atau makan mewah. Boleh bawa semua anak 8 orang dan isterinya seorang. Wahhh memang best tu.

2. Saya nak beli tanah dan buat rumah sendiri. Rumah dengan design dan reka bentuk yang saya idamkan sendiri, yang saya angan-angankan sejak dulu-dulu lagi.... Walaupun ini bukan prioriti tapi tetap saya simpan angan-angan ni yang entah bila akan menjadi realiti.

Rakan seangkatan yang lain paling kurang pun dah beli sebiji rumah sendiri. Cuma kami sahaja yang masih mencongak dan mencongak tak habis-habis lagi. Orang lain sebut senang sahaja: Ala, 2 orang kerja, takkan tak mampu beli rumah?? Jawapannya: Mampu memang mampu, tapi lepas tu makan mee segera jelah setiap hari. Ada yang lebih priority drpd itu. Simpanan pendidikan untuk anak2 dan simpanan takaful nyawa/ penyakit. Selepas settle semua tu, baru boleh fikir tentang rumah.

Tapi alhamdulillah, dapat pengajaran dari seorang kawan, kami buat saving bulanan seolah2 bayar pinjaman rumah. Nanti bila dah cukup boleh beli/buat rumah dengan harga cash, without interest. InsyaAllah....

Kenapa pilih kerjaya sekarang dan bukannya berniaga??

Saya memang ada hobi berniaga walaupun secara kecil-kecilan. Itu yang saya buat masa menjadi suri rumah dan pupilage di Kulim dulu. Cumanya nak kembangkan minat berniaga tu menjadi lebih besar, tidak ada modal dan tidak mendapat pendedahan dan ilmu yang banyak seperti sekarang. Sekarang pun belum ada modal seketul yang banyak. Tapi alhamdulillah, ilmu itu dapat juga dikutip daripada program-program yang dijalankan untuk membantu usahawan.

Sekurang-kurangnya saya nampak jalan lain yang boleh diterokai sekiranya saya tidak lagi bersama dengan kerjaya sekarang. Memang asalnya pun niat saya menyertai bidang kerjaya sekarang untuk berkhidmat kepada masyarakat. Itulah yang saya buat sekarang dan kepuasan itulah yang saya dapat. Sebuah ucapan TERIMA KASIH daripada mereka sangat beerti kepada saya daripada DUIT yang banyak dan bertimbun-timbun.

So, masihkah tergoda dengan DUIT ringgit yang berlonggok-longgok itu????

Jawapannya:








Masih...

Cuma saya berdoa dan berharap agar setiap sen yang saya perolehi adalah dari punca yang HALAL dan berkat. Akhirnya ia menjadi ibadah kembali dengan setiap sen itu.


Monday, oh manday blues....


Bukan mama jer rupanya malas nak pergi kerja.. Aufa pun malas nak pergi sekolah pagi ni.. Tak nak mandi dan gosok gigi. Basuh muka jer.. hmm


Friday, October 30, 2009

Saya accident...

Lama juga tak update blog kesayanganku ini walaupun hati sering teringat padanya walau di mana berada *ngeh ngeh*. So far minggu ni memang takde sebarang aktiviti menjahit or crafting yang dilakukan memandangkan sangat sibuk dengan kerja di opis plus Mr.Hubby outstation 3 hari. Walaupun Aufa dan Ahda terpaksa ditinggalkan di kampung kerana saya masih fobia memandu kerana terlibat dengan kemalangan last week...

[Ya, kereta saya dilanggar oleh motosikal seorang apek hari Rabu minggu lepas akibat kesalahan dan kelalaian saya sendiri yang memandu dengan 3 orang anak yang menjerit-jerit dan menangis-nangis dalam kereta menyebabkan saya hilang fokus semasa memandu.

Saya memang trauma dan masih trauma wpun alhamdulillah tiada sebarang kecederaan pada saya dan anak-anak. Apek tu pun lebam kaki ler gamaknyer. Mr.Hubby pula sib baik cool dan memujuk saya yang jadi histeria marah-marah kat dia lepas accident tu... *huhu* Saya tak upload gambar kereta yang rosak teruk tu sebab tengok kereta org lain yang kaler sama pun dah berderau darah, inikan pula nak tengok kereta sendiri yang dah terkopek macam tin sardin... oh.. tidak..!!
Moral of the story: jangan jadi macam saya, ok!]

...saya tak dapat nak menjahit kerana melayan Athif dan diri sendiri yang kena selsema dan batuk. Lipat kain baju menggunung tinggi, 2 hari baru habis. Masuk tidur pukul 9 mlm.

Bila agaknya dapat buat To Do List saya tu erk?? Teringin nak guna fancy button yang saya beli di Metrojaya beberapa minggu yang lalu. Saya masih selsema tapi agak berkurangan drpd biasa berkat saya membuat urutan refleksologi pada kaki saya sendiri.

Yes! saya ambil kesempatan belajar dari tabib urutan refleksologi dan rawatan resdung. Memang banyak manfaatnyer. Tapi sempat urut sebelah kaki je kat Mr.Hubby saya pun tumbang atas katil penangan selsema ni.. *huhu* Malam ni nak perasap resdung pula.. harap2 anak-anak tidur awal mlm ni.


A little gift

Late entry..

A little gift to my blogger buddy... more story here.


Saturday, October 24, 2009

Tutorial Diaper Stacker

Alhamdulillah akhirnya berkesempatan untuk upload tutorial diaper stacker ini. Harap dapatlah sedikit sebanyak memberi manfaat kepada sesiapa jua yang minat untuk menjahit. Maaf tutorial hanya dalam bahasa melayu (istilah2 dlm english x berapa pasti sangat). Oh yer, klik pada gambar untuk paparan lebih besar yer...

1. Potong kain berukuran 17’’ x 28’’.
2. Temukan bucu kain A dan B, ukur dan tanda sepanjang 6’’ pada kedua-dua belah.
3. Jahit kain 2 lapis (wrongside out) yang ditemukan sepanjang 6’’ tersebut.
4. Jahit baki lipatan yang belum dijahit, mulakan dari C –> Y –>Z dan D.
5. Tandakan di lipatan yang bertentangan dengan AB. Buka dan temukan AB dengan tanda tersebut. Pinkan dan jahit . Bahagian ini akan menjadi tapak DS.
6. Selepas jahit, buka dan bentangkan bucu seperti dalam gambar. Tandakan dari bucu ke tengah sebnyak 2.5’’ dan garis lintang lebih kurang 5’’. Lakukan di kedua-dua belah bucu dan jahit.
7. Bucu yang telah dijahit dilipat ke dalam. Pinkan dan jahit berbentuk segi tiga ke tapak DS mengikut lipatan bucu tersebut. Berhati-hati agar tidak terjahit kain yang mungkin terkelepet. Bila diterbelikkan (rightside out) hasilnya adalah seperti dalam gambar. Tips: jika sukar untuk menjahit bentuk tiga segi cukup sekadar jahit sedikit hujung bucu lipatan ke tapak DS.
8. Lipat dan pinkan bahagian atas DS seperti dalam gambar dan jahit. Tips: untuk dapatkan lipatan yang seimbang, tandakan dahulu sisi kain sebelum dilipat ke tengah.
9. Letak bahagian atas yang telah dijahit atas kertas dan tandakan. Lipat tengah kertas yang ditanda dan lukis bentuk ‘heading’ yang dikehendaki. Potong kertas dan pin pada kain heading dilipat dua lapis (wrongside out).
10. Potong kain heading. Masukkan riben/tali di bahagian dalam 2 lapis kain heading dan pinkan. Jahit kain heading mengikut bentuk kertas tadi. Kemudian potong lebihan kain di sekeliling kertas dan terbalikkan. Tips: untuk dapatkan heading yang keras, jahit sekali dengan kertas tersebut atau boleh gunakan batting.
11. Masukkan bahagian atas DS ke dalam heading, pin dan jahitkan.
12. Inilah hasilnya DS No.4. Boleh juga ditambah hiasan lain seperti riben, renda dll mengikut kreativiti sendiri.
DS No.5 – menggunakan batting di dalam heading DS.
** Istilah ‘tapak’ dan ‘heading’ adalah rekaan saya sendiri. Mungkin ada istilah lain yang lebih tepat yang digunakan oleh pro sewer yang lain.


Tuesday, October 20, 2009

Virgin Maria

This is what I have for my late lunch today @ Jemputree... very yum yum...


Panduan membeli mesin jahit

Salam Mar, akak jawab soalan Mar di sini yer.. macam panjang sgt kalau nak explain kat shoutbox tu.

First sekali tanya diri sendiri, nak beli mesin jahit tu untuk tujuan apa? Sebab lain tujuan lain pula keperluan mesin jahit tu. Kalau sekadar nak jahit sikit2 di masa lapang boleh beli yang simple dan basic jahitan sahaja. Kalau untuk menyulam beli mesin yang ada memori sulaman macam jenama JANOME. Kalau tujuan nak ambil upah menjahit elok konsider beli dgn sekali mesin jahit tepi, jika tak, mesin jahitan biasa susah memadai.

Kedua, tanya poket ada duit tebal berapa inci? hehe :) lawak jer ok. Maksudnya, budjet yg diperuntukkan untuk beli mesin jahit berapa RM. Range harga mesin jahit biasa sekitar RM600 ke atas hinggalah ke RM2,000 lebih kalau ada pelbagai function sulam bagai. Sebab tu kena berbalik kpd soalan pertama tadi, beli tu untuk tujuan apa. Then kalau duit x cukup boleh ler himpun duit untuk beli mesin yang dikehendaki. Ataupun boleh juga pakai duit plastik. =P

Ketiga, survey dahulu pelbagai jenis mesin dan harganya sama ada di kedai2 jual mesin atau di internet. Ingat! jangan beli terus lepas sekali jer tengok di kedai. takut menyesal nanti bila jumpa yang lebih baik atau lebih murah mengikut kehendak kita. So jadilah pengguna bijak, buatlah perbandingan harga dan kualiti terlebih dahulu. :D Survey online SINGER dan EPAL/ JANOME atau boleh google. Oh yer, harga yang pamer online dengan di kedai maby berbeza. Kat kedai boleh nego minta kurang harga sikit kalau kena gaya. Eloknya beli di kedai yang memang jual mesin jahit, bukan jual perkakas eletrik macam hypermarket, Courts.Mar.Moth atau Sen.Heng. Untungnya kalau penjual mesin jahit tu mahir, dia boleh ajar sekali macam mana nak guna dan nak jaga mesin tu. Kalau kedai eletrik biasa, dia tak ajar, refer je la manual sendiri.

Keempat, pilihan jenama ni bergantung kepada tujuan nak guna mesin seperti di awal tadi. Kalau jahitan biasa model SINGER memang bangus, bermutu, senang nak service sebab banyak service centre di bandar-bandar utama. Sparepart pun senang nak cari kalau ada yang rosak atau nak extra gadjet. SINGER pun ada pelbagai range/model. Berbeza fungsi dan harga, ikut keperluan dan minat sendiri. Mulanya akak cuma nak beli yang budjet RM700 lebih jer. Ada jahitan lurus, zigzag dan beberapa sulaman (manual). Tapi akhirnya Mr.Hubby tercintun hadiahkan mesin berharga RM850, bezanya ada banyak patern sulaman manual, tapak zip dan jahitan lubang butang. Boleh refer kat sini dan sini mesin akak.

Kalau untuk serius ingin menyulam (machine embroidery/'ME') jenama EPAL / JANOME memang tengah hangat di pasaran. Harganya memang berpeluh juga la, tapi ada free kelas belajar menjahit sulaman dan setiap bulan ada projek2 yang boleh dibuat. Boleh search kat website dia. Cumanya, kelas tu cuma ada di tempat2 tertentu sahaja macam di Sungai Petani dan Seberang Jaya. Di Penang dan Alor Setar takde, tu yang tak jadi beli JANOME sebab rugi jugak kalau xdapat attend kelas tu walaupun free. Dan service centre JANOME/ EPAL pun tak banyak. Makcik akak ada beli mesin ni dan memang tengah 'menggila sakan' dok menyulam kain telekung sampai boleh buat business. Tapi kos maintanance dan bahan2 sulaman pun tinggi juga la. Dia kata tahun depan baru boleh balik modal harga mesin kot. Kalau terliur tengok ME tapi rajin buat sikit2 jer tak payah la beli. Kalau serius nak ME dan bercita-cita nak buat biz, silakanlah.. memang berbaloi...

Itu la serba sikit tips dari akak yang masih belum pun setahun jagung memiliki mesin jahit sendiri.. menjahit pun herot petot belum lurus lagi.. hehe... Tapi pepatah practice makes perfect tu memang sangat2 betul! Anak-anak dan suami juga sebagai motivasi untuk rajin menjahit dan merekacipta. Hati berasa puas bila melihat mereka pakai atau guna hasil tangan kita walaupun tidak secantik yang dibeli di kedai. Ok Mar... Selamat Menjahit... :D


Friday, October 16, 2009

Gemuk atau kurus???

Sejak hari raya yang lepas banyak komen yang diterima oleh sedara-mara, rakan-taulan dan rakan sekerja lebih kurang ayat macam ni:

"Eh, nampak kurus la sekarang"
"Dah kurus la sekarang ni"
"Kenapa kurus sekarang ni? Susah hati ker?"
"Nampak lagi kurus berbanding dulu la, makan apa?"


Well, sebagai seorang wanita yang waras dan normal, tentulah saya rasa sangat gumbira dan kembang jiwa dengan statement2 di atas walaupun macam ada unsur2 'beli jiwa' atau bodek tapi saya yakin 60% kebenaran tu ada sebab hakikatnya saya tak pernah ditegur kurus sebab tak pernah kurus sejak berkahwin dan beranak pinak ni.

Tapi, lain pulak halnya dengan ayat dari Mr.Hubby tercintun saya yang berbunyi begini:

"Betis mama ni kan... sama besar dengan paha baba dah. Nanti kaki yang kecil tu tak larat nak bawa badan..."

Lembut dan syahdu jer dia menuturkan kata-kata tersebut sambil mengelus betis anak gajah saya. Tapi cukup untuk membuatkan saya rasa macam: Oh alangkah GEMUKnya aku ni.. yang orang dok cakap dah kurus tu, adakah tipu semata-mata????????????

Fakta di alat penimbang menyatakan bahawa berat yang berjaya turun 6 kg masa bulan puasa hari tu dah naik balik 2 kg jer....

Dan juga fakta yang saya amat berbangga dgn diri sendiri (bukan riya' yer) saya boleh pakai balik baju masa bertunang dulu masa hari raya kedua tempoh hari. Sebelum ni memang nak masuk kaki pun tak muat.

Mungkin di mata dia saya masih GEMUK dan akan gemuk selama-lamanya.. *huhu*


Wednesday, October 14, 2009

Plastic Bags Organizer

Cuma ubahsuai daripada diaper stacker dan jadikan Plastic Bags Organizer. Kalau perasan kat gambar tu, saya banyak bermain dengan sulaman manual yg ada di mesin jahit saya. Saya tengah workout dengan DS yang baru beserta tutorial step-by-step. Harap sabar yer kepada yang menanti tu. *wink*


Tuesday, October 13, 2009

Hug Hug Mrs.Fuzzy Bunny

Name: Mrs.Fuzzy Bunny
D.O.B.: 4 October 2009
Hobby: Makeup, dress and undress
Interest: Being cuddled by cute girl/boy/baby
and accompanied by my beloved Mr. Sleepy Bunny

My cayang bucuk2 Mr. Sleepy Bunny dah tercabut hidungnyer..

Apa ni? Nampak macam sedap jer???

Ouchh... help me Mr. Sleepy Bunny..!! this baby want to eat my eye..!!


Baju kurung pesak gantung

Akhirnya... siap la jugak baju ni....Walaupun senget2 sket, boleh ler dibuat pakai basahan oleh Aufa. Kaedah jahit leher secara tulang belut telah ditukar kepada lapik kain gam kat dalam sebab lebih mudah untuk newbie mcm saya ni.

Tapi.. huhu tengok la kain yg dah luntur lepas sekali jer basuh berbeza warna dengan baju yang tak sempat basuh Aufa dah pakai pergi tadika pagi ini.

Note: Jangan beli kain cotton yg lembut (i.e.: Asyley Cotton) sebab lepas basuh mmg warna jadi luntur. Beli yg agak keras sikit tapi lepas basuh akan jadi lembut.